Skip to main content

PENGENALAN

  • APA ITU MBJ?

    Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

  • TUJUAN

    • Tujuan Majlis adalah untuk memperoleh seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara pihak Pengurusan Universiti Sains Malaysia dengan Pihak Pekerja dengan pekerja yang bergaji di dalam Universiti Sains Malaysia.
    • Dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya.
    • Untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil rasmi Universiti Sains Malaysia.
  • PENUBUHAN MBJ 

    Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan; kepada JPA untuk kelulusan.

  • BIDANG & FUNGSI

    Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti:

    • Memberikan pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja sektor awam. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am sahaja dan tidak melibatkan perkara-perkara pekerja dan individu;
    • Membolehkan Pihak Pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan atau memaklumkan mengenai perkembangan-perkembangan baharu untuk mendapatkan ulasan dan pandangan pihak pekerja sebelum dibawa untuk keputusan universiti;
    • Menggalakan staf mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat di bawah mana-mana tugas yang mereka jalankan;
    • Menggalakkan staf mengambil bahagian dalam perbincangan untuk mendapat pengetahuan mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan
    • Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari staf mengenai perkara ini.
  • FAEDAH MBJ

    Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.